Salam solidariti buat semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berlegar-legar di ruang rupa blog ini. Secara asasnya, blog KOLEKSI ZINE dibina atas dasar untuk berkongsi maklumat mengenai dunia d.i.y punk rock. dalam skop yang lebih kecil lagi, ianya dibina atas tujuan berkongsi bahan bacaan yang dinamakan ZINE. untuk itu, kami akan mengimbas dan memuat naik zine-zine yang kami ada untuk dimuat turun oleh anda.

Untuk menjadi lebih fleksibel, kami tidak menutup skop tujuan blog ini kepada zine semata-mata. Kami juga mungkin akan berkongsi newsletter dan juga buku yang baik untuk dibaca bersama. Walaubagaimana pun, keutamaannya tetap diberikan kepada zine. Dan yang paling penting, ianya dapat dikongsi baca untuk kebaikan bersama, walau apa bahan bacaan sekalipun. UP DA PUNX!

Sunday, November 13, 2011

Akan Datang Tidak Lama Lagi...

Genre
Bukan Fiksyen/Budaya/Music
About
Muzik dan Budaya Punk Rock di Malaysia
Description
Menampilkan 10 tulisan;

Punk : Disebalik Fesyen dan Muzik Bising oleh Hafeez
Kepercayaan Kepada… oleh Zaki
Bagai Ikan Makan Memerut oleh Fazri
Bihun Bakso dan Punk Rock oleh Mat Yie
Kita Borak Jap… oleh Wolf
Punk Singgang oleh Nizang
Mencari Konsensus oleh Dhani
Diari Seorang Punk Rocker oleh Din
Terbalik Ini Cerita oleh Shabri
Aku dan Sepucuk Revolver Bernama Punk oleh Nan
ISBN
belum ambik
Publisher
Papakerma Press, Deleted Books, Kolektif Kaki Ketik
Website


sila ke PAGE BUKU PUNK ROCK untuk maklumat terkini.

No comments:

Post a Comment