Salam solidariti buat semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berlegar-legar di ruang rupa blog ini. Secara asasnya, blog KOLEKSI ZINE dibina atas dasar untuk berkongsi maklumat mengenai dunia d.i.y punk rock. dalam skop yang lebih kecil lagi, ianya dibina atas tujuan berkongsi bahan bacaan yang dinamakan ZINE. untuk itu, kami akan mengimbas dan memuat naik zine-zine yang kami ada untuk dimuat turun oleh anda.

Untuk menjadi lebih fleksibel, kami tidak menutup skop tujuan blog ini kepada zine semata-mata. Kami juga mungkin akan berkongsi newsletter dan juga buku yang baik untuk dibaca bersama. Walaubagaimana pun, keutamaannya tetap diberikan kepada zine. Dan yang paling penting, ianya dapat dikongsi baca untuk kebaikan bersama, walau apa bahan bacaan sekalipun. UP DA PUNX!

Tuesday, August 10, 2010

Buku Goblog


pada 8.8.10, genap 4 tahun GOBLOG wujud di atas muka bumi ini. walaupun buku goblog telah lama habis dijual, namun sehingga hari ini, permintaan untuk goblog masih ada. oleh itu, sempena ulang tahun ke 4 goblog, saya kongsikan buku goblog versi softcopy untuk pembacaan bersama. apa pun, sangat bertuahlah mereka yang memiliki goblog versi hardcopy. hehe. :p.
enjoy reading!
----------------------------------------------


GOBLOG merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh penggiat d.i.y independent komuniti punk rock. buku yang menampilkan koleksi tulisan personal 13 penulis yang terdiri daripada Lokman (bassis Jahat), Izwan (vokalis Dolly Parton), Zaza (editor Apokobondo), Fahmi (vokalis FSF), Jr (drummer Maxwell Murder), Aiya (editor Chempaka Biru), Keju (vokalis Nyiblorong), Dhani (editor Sebutir Bintang Merah), Atiqah (editor Forbidden Garden), Kumprinx (editor Journal), Zulfikar (editor Satu Arah), Zaxx (editor A Dream) dan Pipi (editor Hilang Punca). 13 orang muda secara kolektif bertungkus lumus berusaha merialisasi apa yang diimpikan.
http://www.goblog2006.blogdrive.com

DOWNLOAD BUKU

No comments:

Post a Comment