Salam solidariti buat semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berlegar-legar di ruang rupa blog ini. Secara asasnya, blog KOLEKSI ZINE dibina atas dasar untuk berkongsi maklumat mengenai dunia d.i.y punk rock. dalam skop yang lebih kecil lagi, ianya dibina atas tujuan berkongsi bahan bacaan yang dinamakan ZINE. untuk itu, kami akan mengimbas dan memuat naik zine-zine yang kami ada untuk dimuat turun oleh anda.

Untuk menjadi lebih fleksibel, kami tidak menutup skop tujuan blog ini kepada zine semata-mata. Kami juga mungkin akan berkongsi newsletter dan juga buku yang baik untuk dibaca bersama. Walaubagaimana pun, keutamaannya tetap diberikan kepada zine. Dan yang paling penting, ianya dapat dikongsi baca untuk kebaikan bersama, walau apa bahan bacaan sekalipun. UP DA PUNX!

Sunday, April 11, 2010

Advertisment / Iklan / Flyers


from Fazri:

Semenanjung Register Zine
Debut Issue
Saiz A4
Bahasa Melayu
Harga : RM4ppd
Bilangan mukasurat : 20.

Zine Semenanjung Register merupakan sebuah zine kolektif. Bermaksud, isi perutnya adalah sumbangan daripada orang ramai. Untuk isu perdana ini terdapat sumbangan penulisan daripada Arip Radikal Review, Mat Yie DKR, Rahimin Idris, Kudin dan beberapa orang lagi yang menyentuh pelbagai isu. Turut dimuatkan wawancara bersama sebuah kumpulan punk rock laju dan melodik yang tidak asing lagi tika ini iaitu ALWAYS LAST. Juga seperti kebanyakan zine, terdapat sedikit review zine dan muzik. Zine ini telah masuk di tempat percetakan. Bermakna tak lama lagi anda yang berminat bolehlah dapatkannya. Untuk isu ini, ia diedit, disusunatur dan direkabentuk oleh Mat Yie.

Boleh dapatkan dari Mat Yie > mcyiehaa@nospamyahoo.com dan Fazri > kcikkadir@nospamyahoo.com.

1) Convert Yr Mind Distro: Mohd Zamri Kassim, 346, Jln Pudu, 55100, Kuala Lumpur.
2) Pissart Record. Khabir, No 2, Jln Putra bahagia, 8/1e, Putra Heights, 47650, Subang Jaya, Selangor.*
3) Nervhous Distro, 49, Jln Rahim kajai,Tmn Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
4) Corerockmoon Distro c/o Aniq, PT 9865, Jln Merbau, Kg. Batu 2 1/2,24000, Kemaman, Terengganu.

No comments:

Post a Comment